Diabetes : Part Two

 ASSALAMUALAIKUM and Good Morning !




Sumber : chentaqaseh.com



Bismillah. Baca doa dulu pagi pagi ni semoga semua pembaca blog ni dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dari segenap sudut. InsyaAllah. AllahuAamiin! 

Rezeki ni tak semestinya duit semata mata ye dakk? Rezeki ni luas sgt konteksnya bagi aku. Badan selalu sihat, selalu dipermudah segala urusan, jumpa orang sekeliling yang baik baik pun rezeki juga. 

Sebelum ni, time jiwa remaja masih hangat bergelora, mindset aku bila orang bercakap mengenai rezeki aku duk bayang rezeki jadi kaya, rezeki ada duit banyak, rezeki nak apa apa boleh beli macam tu je. Materialistik sangat! 😂 Budak hingusan lah katakan. Tiap kali solat, apa yang diminta hanyalah DUIT sahaja. 

Tahun berganti tahun. Alhamdulillah, aku dah tak pernah warded lagi dah. Masa tu rasa "Okayy,aku ada kencing manis niiii, tapi aku okay je pun". Nothing serious pun. Sakit tak, makan pun berselera yang penting tak pernah masuk wad dah lepas kena jangkitan kuman dulu. Rasa sihat sangat dah gayanyaaaaa. 

Tahap ignorant aku dengan sakit kencing manis aku sendiri ni tahap bila doktor bagi tarikh temujanji untuk next appoinment tu, kad temujanji pun aku letak merata. Memang takde istilah next appoinment dalam kamus hidup aku selepas kejadian warded seminggu tu. Teruk kan?

Aku dapat habiskan diploma aku lepas tu tanpa sebarang masalah kesihatan, tanpa sebarang ubatan. Makan dan minum macam biasa. Macam orang normal yang takde penyakitnya. Padahal dalam diri tu dah berkampung segalanya penyakit. 

Dari diploma dibawa ke degree everything was smooth! Dari 20 tahun bawa ke 23 tahun sepanjang tempoh tu memang kesihatan tengah top. Aku aktif bersukan, suka join group hiking. Asal ada orang ajak je, semua ONZ biarlah pace ke laut dalam sekali pun. Dari cameron highland ke terengganu, tiap bulan ada je aktiviti. Seghonok tak sangga ceq oiiii. Dapat masuk hutan tu macam satu terapi untuk aku.

Lalai. Itu jela boleh summarise untuk kehidupan aku sebelum ini. Lalai dalam meletakkan kesihatan di nombor 1. Lalai dengan jiwa muda yang tengah nak ggalok ore kelate kato.  

Jadi, lepas baca posting aku ni, rasanya korang boleh buat konklusi tak kenapa konteks rezeki ni berubah bagi aku masa muda remaja dulu dengan sekarang?  Bukan nilai duit sahaja rezekiNya, nilai kesihatan diri sendiri tu jauh lebih penting dari wang ringgit. Percayalah. Mat saleh kata " I've been there, I've done that. " 

Bukan nak kata aku ni anak orang kaya. Tapi apa yang aku dapat buat sebelum sebelum ni dah memadai untuk buat aku rasa selesa sangat dah dengan hidup aku masa tu. Family aku family biasa macam orang lain juga. Ada masa Allah bagi rezeki lebih, ada masa Allah bagi apa yang kita perlu je. Tapi tu semua dah buat aku rasa cukup masa tu. Dari dulu memang dah bersyukur tapi itulah LALAI dalam menjaga diri sendiri......

Sedihhhhh mengenangkan cerita lama. Padahal Allah dah bagi peluang untuk aku jaga diri sendiri banyak kali tapi aku LALAI. Kalau bukan kita jaga diri sendiri, siapa lagi?? Zalimnya aku kepada diri sendiri 😢

Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year