Happy New Year

Assalamualaikum! Lamaaaaaa dah rasanya tak jenguk blog. Mood nk menulis kelaut dalam semenjak dua menjak ini, mungkin sebab letih. Entahlah. Apa apa pun masih tak terlambat untuk ucapan Selamat Tahun Baru kan. Selamat Tahun Baru 2023 untuk semua yang membaca. Semoga segala perancangan untuk tahun 2023 ini terlaksana dengan kehendakNya. 

Hemodialisis aku berbaki dalam sebulan lebih lagi sebelum aku tukar ke peritoneal dialisis balik. Kalau tak silap tarikh untuk masuk OT dalam awal bulan Februari nanti. Berdebar jugalah walaupun dah pernah merasa sebelum ni. Berdebar lebih kali ni sebab tak tahu keadaan perut aku ni okay ke tak untuk sambung peritoneal dialisis balik. Kalau perut tak ada parut dari kesan jangkitan kuman sebelum ni, alhamdulillah la, aku boleh sambung PD balik. Kalau tak, aku memang kena HD seumur hidup.

Kalau semua okay, lepas pasang tenckhoff, kena tunggu empat belas hari barulah dapat guna tenckhoff tu. Untuk dua minggu tu, memang aku kena HD dulu buat sementara sebelum buang IJC di leher. Tak sabar sebenarnya nk buang IJC ni. Dah sebulan lebih mandi rasa tak bersih bila bahagian leher tak boleh kena air. Perasaan puas dapat mandi tu hilang bila ada IJC di leher ni. Haha. Tapi, tu kalau perut aku tak ada masalah la. Kalau ada masalah, bertambah lah jangkamasa aku guna IJC dalam 3 bulan lagi sebab kalau aku pasang fistula di lengan, tapak tu hanya boleh di guna bila fistula tu dah matang, lebih kurang tiga bulan lamanya. It is all about waiting. Mintak jauh lah hendaknya. 

I am getting used to HD now. Dah dapat rhythm nya. Tapi rasa letih dan kadang kadang pening tu memang ada lagi. Better lah dari awal HD dulu. Awal dulu lepas dialisis je melepet atas katil, letih macam baru lepas marathon 40km. Sekarang letih juga, tapi kita kurangkan sikit dari 40km tu ke 10km. Haha. Memang dialisis akan meletihkan pesakit. Kadang kadang, waktu tengah dialisis dia datang rasa letih dia tu, ya Allah, rasa macam nak suruh misi stop kan mesin. Dia mai lemah satu badan macam orang tengah puasa di paksa berlari tanpa henti untuk 2-3 jam. 

Bercakap pasal letih, ada sorang pesakit sekali dengan aku, budak lagi, umur 9 tahun, perempuan, Amni namanya, kecil molek orangnya selalu muntah muntah bila lebih sejam dia dialisis. Misi kata mungkin dia tak serasi dengan HD sebab dia kecil lagi, badan Amni semacam tak boleh terima HD. Kalau bernasib baik, boleh la Amni habiskan dialisis. Kalau muntah non stop sampai pening, memang misi akan berhentikan mesin tu terus. Jadi, dialisis Amni tak cukup jamnya. Amni selalu menangis bila dia rasa letih. Dia nangis sambil cakap letih. 

Yeee, aku yang tua ni pun rasa nak give up jugak kadang kalau datang rasa letihnya. Letih betul, tak tipu langsung. Letih ni akan perlahan lahan hilang bila mesin dialisis dah berhenti. Lepas tu dia sambung letih tanpa kau buat apa apa selepas setengah jam ke sejam dialisis. Begitulah kitarannya setiap kali dialisis. Memang lepas balik dialisis aku akan tidur sampai ke petang. Tak pernah lagi aku tak tidur lepas balik dialisis. 

Jadi, sekarang segala urusan kemas rumah basuh baju ke apa memang aku buat bila tak letih. Rumah bersepah macam mana pun, aku rehat dulu, tidur dulu, bangun lepas tu baru lah aku kemas mana yang mampu. Biasanya kalau harini aku dialisis, esok nya aku akan siapkan semua kerja rumah ikut rentak aku sendiri. Dah tak boleh nak paksa diri macam selalu. Aku takut aku pening aku reboh beleping dengan Inara jah. Benda macam tu memang aku mintak dijauhkan lah. Jadi, semua benda aku buat slow slow. Tok ggadoh mano ore kato. 

Pening berpinar mata ni benda common bagi orang dialisis. Darah rendah pun sama. Aku dah pernah kena sekali waktu dialisis, gelap mata sebab darah rendah sangat. Dah kena sekali, rasa tak nak kena dah. Takut. Kalau orang ada penyakit darah rendah mungkin benda ni biasa bagi mereka. Tapi, bagi aku, fuhh takut. Dengan berdesing telinga nya, mata kabur, pendengaran jadi tak jelas, badan rasa ringan, rasa seolah olah di alam mimpi. Gelap mata kejap, tiba tiba kau sedar balik, misi tanya "Jamilla okay tak?" Fobia dah bila tiba tiba mata berpinar, telinga berdesing. 

Banyak benda baru aku hadap semenjak HD ni. Tu bahagian pening je. Bahagian bleeding tak masuk lagi haha. Haritu aku ada pergi scaling gigi setelah berjanggut lama nya aku tak cuci gigi. Hari akhir aku HD ialah Jumaat, aku buat temujanji di klinik gigi hari Ahad pagi. Dengan harapan dapat meminimalkan pendarahan selepas scaling. Scaling kan buat gusi berdarah, jadi aku risau jugak la kalau bleeding teruk, HD kan pakai heparin. Aku period bulan lepas pun turun darah macam orang baru lepas beranak sampai kena pergi klinik mintak ubat hentikan pendarahan. Alhamdulillah la, tak bleeding teruk, cuma keesokan harinya ada bleeding sikit di gusi. Waktu tu aku tidur, bangun je aku rasa sesuatu dalam mulut, sekali tengok, darah beku penuh di gusi gigi. Sekali tu jela bleeding nya, lepas dari hari tu, back to normal dah. 

Harini aku dialisis, alhamdulillah okay je. Harini letih sikit sebab aku tarik air sampai 2000. Biasa bawah 2000 je. Sebab hari minggu haritu aku dapat rasa aku minum air banyak dari kebiasaannya. Berat naik 1.3 kg, biasa paling berat pun 1kg je naiknya. Susah ye nak kawal nafsu untuk tidak terlebih minum air sejuk yang sedap dan melegakan itu. Huhuh





Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Diabetes : Part Two