Beranak

Tempoh 37 minggu kehamilan aku tahun 2017 dulu memang banyak aku habiskan dengan jumpa doktor dan masuk wad. Biasalah, ibu berisiko macam aku memang doktor dan misi jaga lebih sikit. Lebih sikit tu dari segi kena jumpa pakar setiap bulan, jumpa staffnurse setiap dua minggu atau tiga minggu, detail scan dan macam macam prosedur yang rasa diperlukan waktu tu. 

Bermula dengan mengandung lah aku belajar untuk bersabar menunggu. Kena belajar, sebab tiap minggu memang kerja aku banyak menunggu haha. Tunggu jumpa misi, tunggu jumpa doktor, jadi aku dah lali menunggu. Aku  rasa aku dah boleh menunggu tanpa rasa nak cepat ke, rasa nak marah ke, mahu pun rasa bosan. Demi satu nyawa. Ku akur saja. 

Episod awal kehamilan sama sahaja dengan episod kehamilan orang normal. Tekanan darah tinggi, bacaan gula semua okay sebab aku dah on ubat balik kan. Doktor nasihatkan aku untuk cucuk insulin empat kali sehari untuk kawal gula dalam darah. 12 unit pagi 16 unit malam. Alhamdulillah okay. 

Aku dah boleh terima rutin baru aku. Pagi check gula, catat, inject, makan. Tengah hari sebelum makan check gula, catat, inject, makan bersambung ke rutin malam. Macam tulah setiap hari untuk memastikan paras gula dalam darah okay. Doktor pesan, bacaan gula dia nak bawah bacaan 6, kalau lebih, dia akan ubah dos insulin tu setiap kali cucuk dan kekerapan aku ke PAC room juga akan bertambah haha. Being me, makan tu kegemaran aku, maka adalah juga waktu nya gula tinggi dari 6. Aku ikut je nasihat doktor setakat yang aku mampu, yelah nak anak kan? 

Aku dah lupa minggu ke berapa aku mengandung aku kena buat test apa benda tah orang panggil yang guna mulut itik tu untuk ambil sampel keputihan. Keputihannya tak banyak pun, tapi bila misi buat check up, dia akan tanya ada keputihan tak. Sebagai seorang pesakit yang jujur, aku jawab lah ada. Tapi biasa je. Bila keluar result Alhamdulillah bukan kuman GBS dan tak serius. Syukurrrrr. Lega. Misi ada bagitahu, ibu mengandung yang ada kencing manis kena cek sebab jangkitan akan mudah terkena dekat ibu berisiko macam aku ni. Aku iyakan sajalah. 

Lepas episod keputihan tu, datang masalah lain pulak. Air kencing aku protin hadir dan airnya kotor. Kehadiran protin dalam air kencing menandakan ada masalah dengan buah pinggang. Itu yang doktor kata. Tapi katanya doktor juga, benda ni common di kalangan high risk mummies.

Kalau tak silap aku, aku warded air kencing kotor di Langkawi ni lebih kurang dua kali. Dah la sekali warded lama. Yela, bila dh on antibiotik pesakit kena habiskan dos tu. Melepet seorang diri di hospital nak habiskan dos ubat. And everything is under control. Aku rileks. Tak sabar nak beranak walaupun hakikatnya aku mengandung ke tak, perut aku tak membesar sangat dan beban bawak bayi dalam kandungan tu aku tak rasa sangat pun haha.

Minggu minggu akhir mengandung, suami aku hantar aku balik Kota Bharu. Rumah ummi aku di bawah seliaan KKIA Kubang Kerian dan Klinik Desa Wakaf Stan, jadi aku kena lapor keberadaan aku kepada pihak klinik sebab aku high risk pregnancy kan. Hujung kehamilan kena jumpa doktor lagi kerap. Jadi, hari pertama nak melapor diri aku dah terkejut, Rrrrraaaamaaaai gila pesakit. Campur antara pesakit Klinik Kesihatan dengan Klinik Ibu dan Anak. Aku dah rasa tak selesa, tapi fikirkan kita menumpang untuk hujung kehamilan ni saja, aku terima sajalah. First check up Okay. 

Masuk check up kedua, dah timbul masalah baru. Tekanan darah tinggi aku dah lepas border. 170 ke atas. Biasa normal je. Baru dua kali check up di KKIA ni, aku dah kena usung dengan kereta klinik pergi ke hospital. Doktor diagnose aku sebagai Pre Eclampsia patient. Tapi yang pelik nya bila di hospital tekanan darah tinggi aku normal! Normal tak normal doktor pantau aku hampir seminggu jugak. Hampir seminggu berkampung di USM waktu tu. 

Habis episod warded di USM aku pergi sambung check up sekali lagi di KKIA sebagai rutin ibu mengandung yang tinggi risikonya. Tekanan darah aku menggila sekali lagi. Kalini naik ambulan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2. Seminggu pulak disitu. Dan hujung minggu tu aku dapat perkhabaran dari doktor yang bayi dalam kandungan aku tu tak membesar seiring perkembangan janin waktu itu. Doktor plan nak induce kehamilan aku ni supaya anak aku dapat membesar di luar sebab kat dalam dia tak dapat nutrien yang cukup untuk membesar. Aku terima. Dan dua hari lepas tu aku dimasukkan ke dalam wad balik untuk dipaksa beranak. 

Alhamdulillah 30 November 2017, lahirlah puteri tunggal aku dengan berat 2.08 kg sahaja . Tanpa sebarang komplikasi. Syukur. 

Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two