End Stage Renal Failure (ESRF)

Sakit buah pinggang ni bukan mai macam tu jaa ceq. Sakit buah pinggang ni dia mai selow selow. Bukan harini kena, terus kena dialisis. Kalau tak silap aku, sebelum masuk end stage ni, pesakit di kategorikan sebagai pesakit CKD (Chronic Kidney Disease) mengikut tahap. CKD ni ada 5 tahap. Itu yang aku cakap sakit buah pinggang ni memang dia ambil masa untuk rosak. Bukan on the spot. 

                            Sumber : Davita.com

Buah pinggang aku ni dah menunjukkan masalah bila aku mengandung dulu. Setiap kali check up kan ibu mengandung kena bagi air kencing untuk check protin. Aku selalu je sangkut, tapi sebab benda ni kebiasaan bagi ibu mengandung, jadi aku buat tak tahu jela. Setiap kali check kehadiran protin dalam urin mesti lekat dalam bacaan 2-3. Bila adanya protin dalam urin, itu menandakan buah pinggang kita dah bocor. 

Jadi, sepanjang mengandung tu tak ada rawatan spesifik pun untuk masalah tu. Jadi aku teruskan hidup seperti biasa. Sampai lah aku beranakkan Inara. Btw, harini birthday Inara yang ke 5 tahun ♥️♥️♥️. Doakan anak aku terhindar dari sakit macam aku ye kawan kawan dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah. Aamiin. 

Dah beranak, protin dalam urin tak hilang hilang. Tapi, disebabkan tugas doktor O&G dah tamat sebab aku dah beranak, aku kena follow up dengan bahagian medical, doktor O&G hanya bantu dalam bidang kepakaran dia je. Jadi aku discaj dari wad beranak haritu berbekalkan ubat darah tinggi dan kencing manis sahaja. Dalam hati aku nak pergi ke hospital lepas settle hal beranak, tapi aku tak pergi pun, sampailah episod aku sakit dada tu. 

Bila pertama kali warded di KBMC, doktor dah bagitahu keputusan kidney profile aku dah tak cantik. Mungkin dalam stage ke 2-3. Aku pun dah lupa. Ke 4? Entahlah aku lupa. Aku pernah scan buah pinggang aku di KPJ, doktor tu pun cakap buah pinggang aku dah kecut, dah jadi kecil macam buah pinggang warga emas. Masa tu aku dah mula terima apa yang jadi. There is no turning back now. Apa jadi kena terima. 

Waktu rawatan susulan untuk jantung aku di Langkawi dulu doktor kat sana takde pulak refer aku ke bahagian nefrologi di Alor Setar, jadi, aku ingat benda ni memang dah tak ada ubat, maknanya kau tunggu je buah pinggang rosak dan bersedia lah untuk untuk dialisis. Sampai masa aku laki bini balik Kota Bahru, barulah doktor bagi surat rujukan untuk bahagian kardiologi dan nefrologi. 

Aku pindah Kota Bharu balik hujung tahun 2020. Awal tahun aku dah dapat temujanji untuk bahagian nefrologi. Bahagian buah pinggang. Aku sempat jumpa doktor tiga kali je, setiap kali jumpa doktor hanya review keputusan darah. Temujanji akhir aku dengan doktor di HRPZ, doktor dah bagitahu aku untuk bersedia dengan dialisis. Dialisis ada dua pilihan, satu Hemodialisis ( cuci darah ) dan satu lagi Peritoneal Dialisis ( cuci air ). Doktor cadangkan aku PD memandangkan aku ada masalah jantung dan aku muda. Aku terima je mana mana waktu tu. 

Hujung tahun 2021, aku kena pindah ke Kuantan. Doktor nefrologi HRPZ dah telefon doktor nefrologi di HTAA mengenai keadaan aku. Doktor pesan, sampai Kuantan terus ke hospital untuk jumpa doktor disana mengenai pemasangan catheter tenckhoff di perut aku. Aku dapat tarikh 3 Januari 2022 untuk pemasangan tenckhoff. Petang 31 Disember 2021, aku masuk wad dan bermula hari itulah, aku jadi pesakit buah pinggang. 

Apa yang aku boleh simpulkan disini. Pesakit buah pinggang di kalangan orang muda sekarang ni ramai ye. Geng batch aku pasang tenckhoff hari sama haritu semua muda. Yang paling muda umurnya 21 tahun. Bujang lagi. Tapi dia baru meninggal tengah tahun haritu, sebab apa aku pun tak tahu. Al fatihah untuk Izat Daniel. Pendiam budaknya. Arwah duduk katil sebelah aku. Aku ingat lagi dia bagi aku roti bila dia dengar misi cakap gula aku rendah dan aku kena makan. Semoga segala amalan arwah diterima Allah SWT dan semua dosanya diampunkan Allah SWT. Aamiin. InsyaAllah. 

Pesan aku, kalau sayang badan, pergilah buat medical check up sekali sekala. Makan lah makanan sihat. Tak salah nak ikut trend makanan sekarang, tapi jangan jadikan benda tu kebiasaan. Nak buat ghaso ghaso boleh la. Haha. Sakit buah pinggang ni bila dah kena, memang hospital rumah kedua lah jawabnya. Jadi, fikir fikirkan dan selamat beramal! HAHA

Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two