Jantung

Hampir 5 tahun jadi pesakit Hospital Sultanah Maliha di Langkawi. Aku suka hospital Langkawi ni sebab tak ramai orang. Pesakit tak seramai pesakit di tanah besar. Waktu menunggu masih lama, tapi aku rasa tak se lama hospital besar kerajaan lah kan. Jadi, rutin jumpa doktor setiap bulan tu aku tak rasa membebankan. Lagipun, anak aku, aku boleh tinggalkan dekat suami, sebab kerja suami waktu tu fleksibel. Senang. 

Aku dah lupa berapa lama aku kena tunggu giliran untuk jumpa Pakar Jantung dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dulu. Bila kita dapatkan rawatan di hospital di satu daerah, setiap bulan akan ada Doktor Pakar dari hospital besar negeri itu akan turun dan buka klinik pakar untuk pesakit pesakit dekat situ yang perlu rujukan pakar. Jadi, bila ada slot temujanji, baru lah boleh jumpa pakar. 

Kes aku memang pakar yang kena tengok. Iyelah, tiga tiga saluran utama dah sumbat, Bypass nya taknak. Haha. Jadi sampai harinya, aku dapat jumpa dengan doktor tu. Aku cerita yang aku refuse for Bypass, aku nak buat angio pasang stent je. Nasibbbbb baikkkk lah ada insurans kan, bila aku warded di KPJ Perdana sebelum ni, hospital ada bagi salinan angiogram aku. Jadi, aku bagi doktor tengok video tu barulah dia boleh tentukan aku boleh buat angio atau Bypass. Alhamdulillah, doktor kata dia boleh buat dan dia bagi tarikh untuk aku masuk hospital di Alor Setar. 

Aku ingat lagi, waktu aku masuk wad pemulihan jantung (CRW) dekat Hospital Sultanah Bahiyah tu, covid baru je masuk Malaysia. Ada pelancong dari China kuarantin di hospital tu. Permulaan pandemik, semua okay lagi lah kan. Pelitup muka pun tak diwajibkan lagi masa tu. 

Alhamdulillah, semua urusan dipermudah. Aku warded harini, esok paginya buat angio, lusa tu dah boleh discaj. Kalau ikutkan, hari sama pun aku boleh discaj, tapi sebab aku buat angio di celah peha, aku kena baring flat selama 6 ke 8 jam untuk mengelakkan pendarahan. Sebab urat yang digunakan untuk masukkan stent tu, urat besar kita dalam badan ni. Kalau buat dekat pergelangan tangan, boleh balut ketat ketat bagi darah berhenti mengalir. Tapi doktor aku buat di celah peha, jadi kena baring sahaja dan aku ingat lagi petang lepas prosedur tu ada seorang doktor datang untuk membuat 'tekanan' (aku tak tahu orang hospital panggil apa untuk prosedur tu haha) pada tempat masuknya stent tu. Dia tekan celah peha aku hampir 30 minit weh, tekan kuat sangat sampai dia mengigil, lenguh. Kesian doktor tu. Hehe. 

Lepas discaj, aku terus balik Kota Bharu. Rehat di kampung untuk seminggu. Untuk temujanji seterusnya, doktor dah bagi tarikh, jadi okay lah. Hanya tunggu dan jumpa doktor sahaja untuk rawatan susulan dan penetapan tarikh untuk angioplasty yang seterusnya memandangkan haritu doktor masukkan satu sahaja stent. 

Tunggu punya tunggu, waktunya tiba. Aku jumpa doktor untuk rawatan susulan, semua okay, doktor pun bagi tarikh secepat yang mungkin. Katanya lagi cepat buat, lagi elok. Aku okay kan saja. Lagi cepat buat, lagi cepat boleh sihat. Biarlah waktu tu aku rasa sihat sangat dah. Tapiiii bila je aku rasa tak sihat kan? Haha. 

Dah happy sangat rasa semua urusan dipermudah. Tapi silap.... Waktu tu covid tengah mencanak naiknya. Nak sampai masa aku kena warded, hospital telefon bagitahu angio aku terpaksa ditunda  dan akan diberi tarikh baru disebabkan kekangan covid. Ramai doktor diarahkan untuk deal dgn covid dulu sebab waktu tu kes covid memang banyak sangat. Aku okay je. Sebab dah tak sakit dada kan. Tunggu punya tunggu, tiba tiba, syarikat suami aku kerja dah nak tutup operasi di Langkawi.....

Bila operasi tutup, kami di Langkawi ni kena bungkus barang balik ke sarang asal di Kota Bharu. Aku dah start pening fikir hal temujanji hospital dah ni. Dalam dilemma nak meneruskan rawatan di Alor Setar atau mula rawatan baru di Kota Bharu. Aku bukan apa, nama je hospital, tapi setiap lain hospital, lain prosedurnya. Jadi, ada la rasa malas nak mula dari awal hingga akhir sekali lagi. Huhu. 

Makanya, kami berkeputusan untuk meminta surat rujukan dari doktor di Kedah untuk balik ke Kelantan bagi memudahkan urusan. Kami pindah keluar dari Langkawi pada hujung tahun 2020. Berangkut barang dalam kereta, travel waktu endemik haritu best jugak. Kereta tak banyak. 

Aku ke HRPZ secepat yang aku boleh. Sebab aku tahu, nak dapatkan tarikh temujanji di hospital negeri amatlah susah. Aku dapat tarikh sebulan setengah selepas itu. Ramai ya pesakit jantung di Malaysia ni. Kalau di Langkawi, dalam masa seminggu pun dah boleh jumpa doktor. Haha. Mana mana doktor nak posting, saya sarankan Pulau Langkawi lah sebagai tempatnya. Haha. 

Tapi masihhhh covid mencantas aku. Dua kali kena postpone tarikh jumpa doktor disebabkan covid. Doktor tak ada. Bila misi call tanya ada sakit dada atau pun tak, aku jawab lah tak, sebab memang lepas angio haritu, sakit dada tu jarang sangat jadi. Jadi, misi bagi tarikh baru sampailah habis tahun 2021 haha. Tapi sekarang aku cuba untuk dapatkan rawatan di USM pulak, doakan lah aku dipermudah segala urusan ya teman. 

Aduhhh panjang lah cerita pasal jantung ni. Tak masuk pasal buah pinggang lagi. Haha. Next entry buah pinggang pulak ye. Harini aku kena pasang ijc dekat leher dan buang tenckhoff di abdomen. Doakan 🤲

Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two