Peritoneal Dialysis

3 Januari 2022 adalah tarikh aku pasang catheter tenckhoff di bahagian abdomen aku. Proses masukkan tenckhoff ni tak ada lah lama sangat, tapi bila kita kat dalam OT dia rasa lama lah. Dengan sejuknya lagi, debor nya lagi. Seminit rasa macam sepuluh minit. Aku tak pasti nak cakap sakit ke macam mana, tapi lepas pasang tenckhoff dia ada satu rasa yang tak selesa, nak kata sakit tak, nak kata tak sakit pun tak. 

Aku warded di HTAA 31 Disember 2021, tiga hari lepas tu baru masuk OT. Dalam masa menunggu hari tu, doktor tak buat apa apa prosedur pun, doktor hanya memantau. Stress jugak aku haritu, kena terperap dalam wad tanpa buat apa apa. Hari prosedur nya tiga hari lagi. Sampai harinya, aku dapat giliran ketiga untuk masuk OT, dalam tengahari macam tu baru la aku masuk OT. 

Tak tahu macam mana prosedurnya, sakit ke, tak ke aku tawakkal je masuk OT haritu. Haha. Macam ready tak ready je kekdahnya. Tapi, bila dah masuk OT tu, debor dia datang lah. Macam biasa, aku gigil tahap orang boleh nampak. Misi pasang heater blower kat kaki. Lega. Awal awal steady lagi, tapi, bila doktor suruh tarik nafas dalam dalam sambil dia masukkan tiub tu, perghhhhhhh, aku boleh rasa tiub tu masuk "sruppppp" dalam kawasan abdomen aku. Dua tiga kali juga doktor buat macam tu. Sampai ada satu tahap tu aku rasa sharp pain dekat bahu belah kanan. 

Dah siap, keluar OT, rehat dalam sejam dua di wad doktor dah bagi balik rumah. Terkejut. Awal benor doktor release discharge note. Aku bajet kena duduk wad sehari lagi. Alhamdulillah la kan. Balik tu apa yang aku rasa lebih kepada sakit badan. Perut nya tak sakit pun. Tapi, bila aku baring dan bergerak, aku dapat rasa tiub tu bergerak gerak. Benda ni dekat seminggu lebih jugak aku rasa. Tapi tahan jela. 

Dua minggu rehat, aku kena ke bilik CAPD untuk cuba tiub tenckhoff tu menjadi ke tak. Alhamdulillah, flow air keluar dan masuk aku okay. Jadi, bermula haritu lah, 14 Januari 2022 aku mula dialisis air ni. 


Lebih kurang macam ni la keadaan catheter tenckhoff aku. Cuma aku punya lebih ke bawah dan tepi pusat. 



Dan inilah rutin tiap hari aku. Dialisis air tak sama dengan dialisis darah. Dialisis air aku boleh buat sendiri di rumah. Manakala dialisis darah, pesakit kena buat di centre mahu pun hospital kerana ianya melibatkan mesin. 

Setiap hari bermula jam 7 atau 8 pagi, aku akan mula dialisis. Keluar kan air yang semalaman dalam perut ke drainage bag, kemudian masukkan kembali air dialisis baru ke dalam ruang perut aku. Air yang aku masukkan tu, aku boleh simpan dalam perut dalam masa 4 jam ke 6 jam. Setiap hari ada empat cycle dialysis. 8 pagi, 12 tengahari, 4 petang dan akhir sekali 8 malam. Dialisis ni aku kena buat tiap hari. Berlainan dengan dialisis darah.

Dialisis darah, rutinnya 2 ke 3 kali seminggu sahaja, bergantung kepada nasihat doktor. Setiap kali rawatan, pesakit hanya perlu duduk atau baring selama 4 jam, tunggu sehingga lengkap cucian darahnya. Dialisis darah hanya boleh dibuat di pusat dialisis sahaja kerana ianya melibatkan mesin dialisis dan perlu pengawasan dari sesetengah pihak. 

Itulah serba sedikit yang aku boleh kongsi. Nak cerita terperinci nanti panjang sangat entri nya. Mohon selalu selitkan doa untuk aku teman. Doakan segala urusan perubatan aku dipermudah dan tiada komplikasinya. Harini aku dah boleh discaj. Tulis entri ni sambil menunggu surat discaj dari doktor. Hehe. Yahooooo boleh balik!!!

Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two