Peritonitis

Sedikit selingan untuk harini. Aku nak cerita sikit yang aku ni dah 10 hari warded di USM disebabkan jangkitan kuman yang berulang. Nama je jangkitan kuman, tapi sakit wei. Paling sakit aku pernah rasa selepas beranak!

Sumber : mayoclinic.org

Selepas 10 hari warded, doktor membuat keputusan untuk membuang catheter tenckhoff di perut aku ni memandangkan jangkitan kuman aku masih tinggi walaupun dah tukar antibiotik. Catheter tenckhoff ni akan dibuang dari perut aku selama lebih kurang enam minggu lamanya untuk memberi ruang kepada lapisan peritoneum aku sembuh sepenuhnya. Bahasa mudahnya, nak bagi perut rehat.  

Aku kena jangkitan ni dah masuk kali ketiga dalam masa empat bulan. Agak berisiko kerana jangkamasa antara satu jangkitan ke jangkitan yang lain itu terlalu rapat. Doktor  cuba tukar ubat antibiotik lain tapi kuman masih lagi tinggi. Jadi, pilihan terakhir adalah removal of tenckhoff dan pasang IJC sebagai back up plan untuk dialisis darah nanti sementara tunggu perut aku pulih semula dalam masa enam minggu. 

Esok doktor plan untuk pasang IJC dulu. Lusa barulah doktor plan untuk buang tenckhoff aku ni pula. Doakan lah perut aku okay gais. Kalau perut tak okay, aku terpaksa dialisis darah seumur hidup dan tak boleh dialisis air macam sebelum ni. Debor. Takut. Runsing. Semua ada. 


Aduh. Sakit dada tiberrrrr.


Doakan 🤲


Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two