Sakit Dada

Maghrib 30hb November 2017 lahirlah zuriat pertama aku yang di beri nama Inara. 


Dalam kandungan doktor scan, mesin bagi anggaran berat 2.5 kg sekali keluar 2.08 kg je. Betullah doktor cakap, anak aku tak membesar dalam rahim. Pilihan untuk induce beranak tu sangatlah tepat. Kalau tak induce, aku tak tahu macam mana perkembangan tumbesaran anak aku nanti. Bila dah ada masalah macam tu, baby akan dipantau di Wad SCN untuk beberapa hari. Tiga hari jugak Inara dalam wad tu. 

Bukan Inara je tak boleh discaj. Dengan ibu sekali tak boleh discaj. Ibu yang tak berisiko kalau beranak biasanya bila anak dah kencing berak dah boleh discaj, tapi aku tak. Doktor monitor lagi tiga hari. Dah macam ibu beranak czer pulak kena tahan wad lama lama. Tapi tak apalah, semuanya dah selamat. Hari last Inara di wad sama dengan hari last aku di wad. Alhamdulillah Inara normal dan aku pun okay. Maka, baliklah aku ke rumah untuk berpantang berbekalkan ubat yang diberi hospital walaupun pada dasarnya aku tak berpantang, sebab Inara prolong jaundice. Berulang alik ke klinik untuk memastikan kuning anak tak tinggi melampau.

Habis je pantang 40 hari, aku dah balik Langkawi. Bermulalah hidup sebagai seorang Ibu muda yang baru. Ecece, muda ke? Haha. Enam bulan pertama aku dah mula rasa sakit dada, tapi bukan kerap, kadang kadang je dia serang. Tapi sakit tu tidaklah sesakit peritonitis aku sekarang ni. Sakit dada tu datang bila aku buat kerja secara cepat. Ggaduh lorat ore kelate kato. Aku buat tak tahu, bajet mungkin rasa lelah. Masih meneruskan hidup macam biasa.

Lama kelamaan sakit dada tu jadi kerap sangat. Asal malam maghrib sambil mandikan Inara je aku sakit. Sakit dada yang aku rasa ni bukan rasa sakit yang macam menyucuk ke apa, tapi lebih kepada rasa panas dan ketat di tengah dada naik sampai ke tekak dan kadang kadang boleh rasa sampai ke bahu tangan. Tapi bila rileks, ambil nafas perlahan lahan, rasa tu akan hilang. Banyak bulan juga aku berkeadaan macam tu, sampailah suami bagitahu Ummi hal sakit aku ni. Ummi bawak jumpa doktor di Klinik Premier Cherang untuk periksa apa masalahnya.

Dah ada anak ni, perasaan malas jumpa doktor tu ada kembali gais. Malas jumpa doktor sebab ada anak nak dijaga. Selalu fikir kalau aku jumpa doktor, kalau aku kena warded sapa nak jaga anak aku. Dah la anak aku fully breastfeed. Botol susu selalu reject. Susah. Aku tak boleh sakit. Mana boleh sakit. Anak kecil lagi. Tapi bila dah kerap sangat, aku nak tahu jugak apa masalahnya, jadi aku ke Klinik Premier tu dan cerita simptom simptom yang aku rasa. Doktor suspek Gastritis. Dia kata simptom gastrik kalau macam tu, jadi dia bagi beberapa jenis ubat untuk masalah tu. Doktor suruh cuba dulu, kalau tak ada perubahan boleh ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Aku dah lega. Gastrik je rupanya. Balik Langkawi semula berbekalkan ubat gastrik.

Alhamdulillah, kekerapan sakit dada berkurang. Jadi memang sah la aku gastrik kan? Tapi sangkaan aku meleset. Aku mula menunjukkan simptom jangkitan kuman bilamana aku batuk terlalu lama. Batuk yang menganggu tidur malam aku,batuk yang bila makan ubat pun dah tak jalan  sampaikan satu tahap aku semput dan tidur dalam keadaan duduk setiap malam. Kalau baring, memang takkan dapat tidur. 

Sekali lagi balik ke Kota Bharu, Ummi sarankan jumpa doktor di hospital. Jadi aku ke klinik dulu untuk mendapatkan surat refer dari doktor. Aku ingat lagi, aku masuk bilik doktor, doktor minta izin aku buka tudung sikit supaya senang dia nak periksa tahap pernafasan aku, bila dia tengok je cara aku bernafas doktor terus cakap, "Awak nk hospital mana ni? Saya nk buat refer letter, teruk sangat dah ni, kena pergi hospital secepat mungkin." Agak terkejut sebab doktor tu tak sempat pegang aku pun dia dh cakap macam tu. 

At first aku minta doktor tu refer ke HRPZ, tapi aku baru teringat, Ummi dah sign up insurans aku dengan abang aku lama dah, masa kitaorang sekolah lagi, tapi tak pernah guna. Jadi bincang bincang, kami decide untuk cuba guna insurans yang dah lama Ummi bayar tu. Jadi kami ke KBMC. Sampai je KBMC aku pergi kaunter untuk mendaftar, misi dekat kaunter pun boleh nampak yang aku ni semput tahap tak boleh sembunyi dah.  Bila doktor bertugas dekat kecemasan periksa, dia kata paru paru aku dah kena jangkitan kuman. Kena warded dan tunggu Doktor Pakar bincang further treatment. 

Hari first warded, doktor dah sambung wayar kencing dan on oksigen. Aku kena pakai oksigen walaupun oksigen aku masih okay. Dan dekat hospital ini juga lah aku dapat tahu perihal masalah jantung dan buah pinggang aku. Segala galanya bermula dari sini. 

Bila dah tahu jantung bermasalah, untuk pemeriksaan lanjut, aku kena pindah hospital ke KPJ Perdana memandangkan KBMC tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Seminggu berkampung di KBMC untuk periksa semua masalah yang ada. 

Doktor yang merawat aku di KBMC ni MashaAllah baik sungguh. Seorang doktor pakar perubatan dalaman, seorang isteri dan juga seorang ibu, jadi mungkin dia boleh faham perasaan perempuan, dia banyak bagi kata kata semangat waktu tu. Bermula haritu juga lah aku terpaksa memutuskan susu Inara. Umur Inara 1 tahun 6 bulan dah kena cerai susu sebab aku makan banyak sangat ubat.  Doktor tu jugak lah yang ajar aku macam mana nak berhentikan pengeluaran susu supaya tak jadi bengkak susu dan demam. 

Lebih kurang seminggu discaj, aku check in di KPJ Perdana pula untuk follow up masalah jantung aku. Untuk mengetahui lebih terperinci lagi masalah tu, doktor cadangkan untuk membuat prosedur angiogram. Kalau ada sumbat, doktor akan terus masukkan stent. Aku setuju. Lagipun semua ni tak sakit pun dan percuma. Yela, ada insurans, semua free walaupun pada dasarnya satu stent yang dimasukkan boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Haha. 

Tapi itulah, perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Keputusan angiogram tu mengesahkan bahawa ketiga tiga saluran jantung aku tersumbat. Doktor tak berani ambil risiko untuk masukkan stent dan doktor bagi pilihan untuk melakukan 'Bypass'. Tapi, di KPJ Perdana option rawatan Bypass tu tidak ada, hanya rawatan Angioplasty yang disediakan. Allahu! 

Aku kalau boleh memang tak nak Bypass sebab takut. Major operation macam tu, macam macam aku fikir. Lagi lagi hal siapa nak jaga anak dalam tempoh pemulihan aku tu. Rawatan Bypass ambil masa untuk pulih sepenuhnya bergantung ke atas badan seseorang. Jadi, aku ambil keputusan untuk sambung rawatan aku di hospital kerajaan memandangkan aku duduk di Langkawi. Langkawi tak ada private hospital gais, jadi tak ada pilihan. 

Sepanjang pemeriksaan susulan di Langkawi, alhamdulillah aku dapat doktor pakar yang cakap dia boleh cuba masukkan stent walaupun dasarnya, pesakit three vessels disease macam aku ni pilihan utamanya ialah Bypass. Syukur. Doa aku Allah dengar.

Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two