Driver

Harini ummi ada prosedur dengan doktor. Prosedur injection untuk mengurangkan sakit keloid yang ada di belakang badan dia. Keloid hanya boleh dirawat dengan suntikan mahu pun pembedahan buang keloid. Dua dua prosedur sangat menyakitkan dan memerlukan general anesthesia, makna kata ummi tak sedar bila prosedur dijalankan. Tak macam aku, doktor guna local anesthesia sahaja, aku sedar dari A to Z. 

Sumber : mayoclinic

Keloid ummi aku ni dah lama. Makin lama makin sakit katanya. Jadi ummi decide untuk memilih cara suntikan berbanding pembedahan sebab risiko untuk keloid baru muncul tinggi bila kulit ada luka baru. Walaupun hanya suntikan, ummi kata sangat sakit. Aku tak tahu macam mana rasanya sebab setakat ni, kulit aku masih okay walaupun ada luka luka. 




Jadi, pukul 8:30 pagi tadi aku bawa ummi ke klinik Unisains untuk bersiap bagi prosedur tersebut. Harini jadi driver dan pembantu peribadi ummi. Hanya ini je yang aku mampu  buat. Ada anak pun, sakit, tak boleh nak tolong banyak, sekadar jadi pemandu dan tolong apa yang mampu je. Huhu.

Bila berkeadaan macam ni, mulalah datang satu perasaan aku ni banyak menyusahkan orang. Haha. Aku jadi serba salah sangat dengan semua orang bila aku sakit. Menyusahkan ummi aku nak kena jaga anak aku sorang tu, patutnya umur pencen dah boleh rehat rileks di rumah. Menyusahkan laki aku, bila dia kena cuti sehari dua sebab aku warded di Kota Bharu, menyusahkan mak sedara aku, sepupu sepupu aku jaga Inara hujung minggu haritu. 

Sepanjang rawatan aku sebelum ni, aku bergerak solo je gais. Memang aku taknak menyusahkan orang. I prefer to go alone. Setiap kali kena ke hospital untuk jumpa doktor memang aku gerak solo. Kena ambil ubat ke, jumpa doktor ke, semua sendiri. Kadang kadang aku bawak Inara sekali kalau kena buat apa apa prosedur. Nasib baik la boleh bawak budak sekali. Doktor dan misi bilik CAPD di HTAA semuanya memahami. Tapi, untuk dialisis darah budak memang tak boleh nk bawak la. 

Cara aku, aku buat semua sendiri selagi aku boleh dan larat. Dengan cara tu, aku tak akan rasa down because I still can do everything without any hassle. Aku masih lagi boleh jaga makan pakai laki dan anak macam orang sihat. Aku boleh bergerak macam orang sihat. Aku boleh jalan jauh. Aku masih boleh drive Kuantan KB tanpa letih, drive KL KB tanpa masalah. Semua ni buat aku lupa yang aku ni ada macam macam penyakit yang orang lain tak ada. Haha. Lagi aku rasa sihat bila tiap kali jumpa orang di hospital, mesti semua akan tanya kenapa ke hospital, bila aku cerita aku sakit sekian sekian ramai yang terkejut dan cakap tak nampak macam sakit pun, betul ke sakit. Petty things like this makes me feel normal and healthy walaupun pada hakikatnya aku ada semua penyakit merbahaya yang boleh membawa maut. 

Bila aku kena jangkitan kuman haritu , aku menangis dalam pelukan ummi aku sebab sakit sangat. Tak pernah seumur hidup aku nangis macam tu depan ummi. Haritu aku tewas. Padahal sakit perut je kalau orang tengok, tapi disebabkan aku tak boleh makan dan minum betul betul untuk tiga hari itu, dengan muntahnya lagi, aku kalah pada emosi sendiri sampai menangis. Haha. Faktor umur barangkali dan juga faktor aku dah jadi ibu, emosi dah tak sama dengan waktu muda dulu dulu. Hati mudah jadi tisu gais 😂 

Esok aku dah kena balik Kuantan. Isnin kena jumpa doktor di HTAA untuk bincang further treatments. Tak tahu sama ada aku kena dialisis berapa kali seminggu. Boleh jadi seminggu dua kali atau pun seminggu tiga kali. Semuanya bergantung kepada keputusan darah aku. Aku harap dua kali seminggu lah hendaknya. Huhu. Masih debor nak dialisis darah walaupun tak ada apa masalah pertama kali cuba malam tu. 

Semoga segala urusan perubatan aku dipermudah Allah SWT tanpa sebarang masalah dari awal hingga akhir. Aamiin. 

Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two