Hemodialisis HTAA : Day One

" Bismillahilladzi la ya dhurru ma'asmihi syai un fil ardi wala fissama' wahuwassami ul alim" 

Assalamualaikum !

Harini first day hemodialisis di HTAA, baru habis sejam cycle. Aku start jam 7:30 pagi tadi. Aku bangun pukul 6 pagi, siapkan diri dan drive sendiri ke hospital. Malas nak suruh lakiku hantarkan, sebab awal sangat, nanti kesian anak aku pulak kena hantar pergi sekolah awal sangat.

Dari rumah ke hospital tak jauh sangat pun bagi aku, tapi kalau lambat keluar rumah merasa jammed jugak la. Jadi, aku kena keluar rumah awal. 6:35 dah atas jalan. Pukul 7 aku dah sampai hospital. Datang hospital awal pun untuk dapatkan parking dekat jugak sebenarnya. Alhamdulillah dapat parking dekat. Kalau tak, kena parking luar hospital, boleh berkicap jugak la kalau jalan 😂

Sampai unit hemodialisis tadi, aku timbang berat dan periksa tekanan darah. Catit berat dan BP sebelum dialisis dan habis dialisis nanti aku akan timbang dan check balik berat dan BP aku lepas dialisis. Jam 7:30 misi dah siap dressing ijc aku dan mula dialisis. Alhamdulillah setakat ni okay, tapi tadi mesin bunyi dua kali jugak sebab tiub outflow aku low progress, yang inflow okay, jadi aku tak boleh gerak banyak sangat sebab tiub tu sensitif sikit. 


Aku terkejut ye. Makanan dan minuman pagi disediakan untuk pesakit. Haha. Aku sempat bawa roti je tadi dari rumah untuk sarapan. Pesakit boleh makan dan minum sepanjang dialisis. Aku dah boleh plan menu sarapan waktu dialisis lepas ni, barulah tak bosan menunggu siap cuci darah 4 jam nanti. Hehe. 


Harini tak ramai pesakit, ada aku dan mak cik tepi aku je di bahagian ni. Mak cik sebelah ni banyak betul dugaannya. Dia cerita dia tak ada tempurung kepala sebelah sebab dia jatuh. Jatuh dari kerusi dan kepala tercedera sampai kena buang tempurung kepala sebelah. Sekarang mak cik ada masalah ingatan dan pertuturan. Awal kena dulu dia cakap nak bercakap pun tak boleh, dia faham apa yang orang cakap, tapi dia tak boleh nak jawab apa yang di tanya. Dia pesan sambil menangis tadi, dia cakap kita ni sakit macam ni kena redha, ada hikmah semuanya. Laki makcik dah meninggal, anak ada tiga orang, dua dah meninggal, anak sorang lagi duduk di Kelantan sebab kahwin dengan orang Kelantan. Sekarang tinggal dengan cucu. Kemana mana dengan cucu. 

Kita rasa kita dah banyak ujian, ada orang yang lagi berat ujiannya dari kita. Apa apa pun aku bersyukur sangat sebab aku masih boleh urus diri dan keluarga. It is a blessing. Walaupun kadang kadang dia maiii penat berpinar mata sebab BP low 😂

Berbaki dua jam lebih kurang lagi untuk aku complete sesi pertama ni. Hari jumaat pula untuk sesi seterusnya. Semoga perjalanan HD aku untuk dua bulan ini dipermudah Allah SWT. 

Aamiin ya Mujib.






Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two