HTAA Kuantan : Day One




Semalam, Maghrib aku selamat sampai Kuantan selepas dua minggu berkampung di USM. Balik untuk mengundi sehari dua bertukar menjadi tragedi. Haha. Tragedi betul la bila warded 12 hari, siap dengan masuk OT lagi. Dua kali pulak tu. Kenangan sungguh. Aku berkobar kobar balik nak mengundi, malam sebelum tu sampai termimpi mimpi aku beratur nak mengundi. Udahhh lerrr first time mengundi sepanjang hidup. Baru berangan nak jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Tapi apakan daya, perancangan Allah itu yang terbaik. 

Bangun pagi tadi teruja campur takut bila bangun dari tidur. Teruja sebab ini pengalaman baru bagi aku, tapi takut kalau ada masalah dengan dialisis aku. Haritu pertama kali dialisis darah, alhamdulillah tak ada masalah, tapi haritu 2 jam saja aku dengan mesin sebab pertama kali kan. Test dulu katanya. 

Tepat jam 8:15 pagi, aku dah sampai bilik CAPD HTAA. Harini kebetulan lakiku cuti kerja untuk tiga hari, jadi aku minta dia hantarkan ke hospital. Bila sampai je, misi cakap semua doktor tak ada, semua masuk OT. Ahhh sudah. Aku tinggal surat rujukan dari USM dan misi cakap dia akan call bila doktor dah ada. Jadi, aku balik rumah dulu sambil tunggu panggilan dari hospital. Tunggu punya tunggu pukul 2 misi call, minta ke bilik CAPD pukul 3 untuk jumpa doktor.

Jam 3 aku dah sampai bilik CAPD, Doktor Tee sampai dan terus tanya aku berminat lagi tak untuk CAPD. Aku jawab la berminat. Tak sempat tanya apa, doktor dah tanya kenapa aku boleh kena kuman banyak kali sangat. Aku tak ada jawapan yang tepat sebab aku rasa aku dah ikut semua SOP untuk rawatan CAPD. Doktor tanya ada bela haiwan peliharaan ke, aku jawab takde. Susah betul nak jawab soalan kenapa kena kuman, sebab memang aku tak tahu jawapannya bila semuanya aku dah follow. Lepas tu doktor tanya awak banyak travel ke. Aku jawab ya, tapi aku cuma balik Kota Bharu dan ke KL je. Doktor kata mungkin sebab aku selalu travel, tempat yang aku singgah atau duduk tu tak bersih. 

Baru hari ni aku tahu, jangkitan kuman ni ambil masa untuk menunjukkan simptom. Aku ingatkan kuman masuk harini, esok akan keluar simptom. Rupanya salah. Jangkamasa untuk kuman buat kerja tu aku tak pasti berapa lama, sebab aku lupa nak tanya doktor. Doktor pesan untuk pastikan setiap bilik yang aku guna untuk rawatan CAPD memang betul betul bersih walau dimana pun aku berada. 

Bila ingatkan balik rasa kena jangkitan kuman tu, aku rasa macam nak surrender, taknak dialisis air nak dialisis darah je. Tapi mengenangkan long term effect tubuh badan aku bila dialisis darah nanti, tak sanggup pula rasanya nak dialisis darah. Banyak pantang larangnya dan kadang kadang boleh buat kita low self esteem bila ada yang kulit boleh jadi kering dan hangus. Parut bila buat tapak dialisis. Dan risiko tapak rosak dan perlu buat tapak baru berulang kali. 

Doktor dah bagitahu, ini ibarat peluang terakhir untuk aku pasang balik tenckhoff catheter. Kalau terkena jangkitan kuman lagi, berkemungkinan untuk aku dialisis air semula sangatlah tipis. Dan aku kena dialisis darah seumur hidup aku. Doktor tetapkan untuk aku rehatkan perut aku ni selama dua bulan. Kalau aku nak CAPD lagi, bulan Februari tahun depan aku kena pasang catheter tenckhoff sekali lagi di perut.

Doktor pun dah bagi slot untuk dialisis darah aku. Slot kosong hanya ada pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.  Jadi, aku mula dialisis lusa. Setakat ni aku takde bengkak muka kaki dan semput lagi, cuma rasa letih. Letih sebab tak cukup tidur atau letih sebab darah kotor, aku pun tak tahu haha. Semoga semuanya baik baik sahaja selepas ini. 

Allahuaamiin. 


Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two