Replacement of IJC

Assalamualaikum gais. Selamat pagi. Lama dah rasanya tak update blog. Sebab tak ada apa yang nak diceritakan dah. Rutin dialisis sama je. I am getting better. Dah tak sepenat dan sepening awal awal haritu. Pening dan penat tu ada, tapi tak adala sampai nak buka mata pun tak boleh kan. Dah boleh urus keluarga dah. Dah boleh masak, kemas rumah, bawak Inara jalan jalan dah. Alhamdulillah. Walaupun tak 100% okay, tapi bersyukur sangat dah boleh buat kerja macam biasa. Balik dialisis, memang kena tidur la kejap, baru la bertenaga. 

Harini last day dialisis untuk minggu ni. Lepas tu cuti untuk dua hari. Yahooo! Boleh sambung tidur lama lama 🤣😂. Rutin hari dialisis memang aku bangun sebelum subuh, kadang time subuh. Bangun nak siapkan diri dengan IJC di leher ni memang ambil masa sikit. Yelah, nk mandi kena make sure air tak mengalir ke leher. Leher kena kekal kering. Kalau tak, boleh dapat jangkitan kuman. Aku akan make sure pukul 6:30 pagi aku dah atas kereta. Drive kereta santai santai, singgah beli kuih dengan air. Barulah ngam sampai hospital, misi buka pintu utk shift pagi. 

Biasa memang aku pesakit pertama yang misi akan attend. Awal sokmo. Misi pun kenal. Dan biasanya aku lah orang pertama yang akan siap dialsis dalam ruangan aku tu. Tapi harini aku mula lambat sikit. Sebab tunggu doktor masuk kerja, aku kena tukar IJC catheter aku harini. IJC aku yang sebelum ni outflow darah tak berapa cantik. Slow. Mesin dialisis selalu bunyi. Jadi, doktor decide untuk tukar yang baru. 


Aku baru tahu, prosedur nak tukar IJC catheter yang baru dekat sini hanya perlu masuk bilik rawatan je. Tak sama dengan pertama kali aku pasang IJC di USM haritu. Aku dah debor tengok katil tu. Misi dah suruh tukar baju, dia kata takut kena darah. Ah sudahhh, double debor dengar. 

Aku duk pikir buat dalam bilik rawatan ni tak bius ke. Mesti sakit ni. Redha jela sebab dah tukar baju pun. Awal awal tu pedih juga sebab doktor dressing, ubat dressing tu memang pedih kalau kena luka. Lepas tu aku rasa okay, rasa debor je, jantung laju. Haha. Aku bagitahu misi dalam gambar tu, nama misi tu Kak Gee, semua panggil Kak Gee. 

Kak Gee ni kira otai la dalam handle pesakit dialisis. Baik betul eh dia. Rasa macam cakap dengan mak mak je bila cakap dengan dia. Aku cakap debor ni Kak Gee, dia gelak, dia kata alahhh sikit je sambil pegang bahu aku. Doktor pun tanya, awak sebelum ni tak pernah HD ke, aku jawap la tak, sebab aku mula dialisis dengan CAPD terus. Doktor kata patutla debar. Adoiii doktor, benda main dengan jarum dan darah, doktor je yang tak debor, semua pesakit debor.

Dah nak siap, doktor tanya, awak nak bius tak sebab doktor nak jahit ni sikit. Aku jawap la nak. Lepas tu Kak Gee dengan doktor pun gelak, dorang cakap ingatkan taknak bius. Aduhh buat lawak pulok doktor dengan misi ni. Nak jahit tak bius, tu hanya wujud dalam cerita aksi hollywood je 😂 

Prosedur tadi aku rasa ambil masa dalam 10 minit je kot. Kejap je. Bila jahit tadi, ada rasa sakit juga la sikit walaupun doktor dah bagi ubat bius dua jarum di leher. Macam mana ye nak describe sakit dia macam mana 😅. Rasa panas pedih macam orang tarik kulit, macam kena gigit semut, banyak semut, bukan seekor semut. Haha. Nasib baik la jahitnya sikit je, kalau tak, mahu berpeluh aku tahan sakit tu sambil pegang Kak Gee 😂

Jadi, harini siap tukar IJC baru lah aku mula dialisis. Awal awal tadi ada masalah juga sikit. Tapi nasib baik Kak Gee pro, apa jampi dia pakai aku pun tak tahu haha. Alhamdulillah dah sejam setengah aku dialisis, mesin tak bunyi dah. Kalau tak, setengah jam atau sejam sekali dia bunyi. Biasa pukul 11:30 dah siap. Harini mungkin pukul 12:30 baru siap kot. Tak apalah lambat pun, asalkan IJC catheter aku tak berona na na 😂 Kalau tak, kena tebuk lubang baru weii. Fobia dah aku wei. 




Baki masa yang tinggal 2 jam 14 minit lagi. Fightingggg. 




Comments

Popular posts from this blog

No. 1

Happy New Year

Diabetes : Part Two