Posts

Showing posts from December, 2022

Blood Pressure Low

Image
Semenjak aku HD, bila balik rumah memang BP akan low dari kebiasaan. Biasa BP aku dalam lingkungan 120-140 untuk systolic, 80-90 diastolic. Bila HD, BP dalam lingkungan 105-115 dan 60-70 gitu la bacaannya.  Tapi kelmarin dia start turun bawah 100. Aku ni, memang mudah pening ye. BP 105-109 pun aku dah rasa tak sedap. Pening bila bangun dari duduk atau pun baring. Ada sesetengah orang, BP taraa tu okay je. Mungkin sebab aku dah biasa dengan BP tinggi sebelum ni, jadi, bila BP turun sampai 100 dia bagi efek pening tu.  Ni BP kemarin. 94/61 je. Rasa pening, berpinar mata, tapi boleh lagi la nak jalan kesana kemari. Cuma kena slow la. Kalau ada sudden movement memang boleh rasa nak terbalik alam la. Nadi aku tu memang dari haritu laju sikit. Tak pasti sebab jantung atau pun terlebih potassium atau phsophate. Harapnya bukan lah.  Selalunya lepas telan ubat Bisoprolol Fumarate @ Concor nadi aku akan okay. Tapi, ubat tu habis, aku baru beli kelmarin. Malas nk ke hospital tunggu turn di farmas

Replacement of IJC

Image
Assalamualaikum gais. Selamat pagi. Lama dah rasanya tak update blog. Sebab tak ada apa yang nak diceritakan dah. Rutin dialisis sama je. I am getting better. Dah tak sepenat dan sepening awal awal haritu. Pening dan penat tu ada, tapi tak adala sampai nak buka mata pun tak boleh kan. Dah boleh urus keluarga dah. Dah boleh masak, kemas rumah, bawak Inara jalan jalan dah. Alhamdulillah. Walaupun tak 100% okay, tapi bersyukur sangat dah boleh buat kerja macam biasa. Balik dialisis, memang kena tidur la kejap, baru la bertenaga.  Harini last day dialisis untuk minggu ni. Lepas tu cuti untuk dua hari. Yahooo! Boleh sambung tidur lama lama 🤣😂. Rutin hari dialisis memang aku bangun sebelum subuh, kadang time subuh. Bangun nak siapkan diri dengan IJC di leher ni memang ambil masa sikit. Yelah, nk mandi kena make sure air tak mengalir ke leher. Leher kena kekal kering. Kalau tak, boleh dapat jangkitan kuman. Aku akan make sure pukul 6:30 pagi aku dah atas kereta. Drive kereta santai santai,

Stenotrophomonas Maltophilia

Image
Stenotrophomonas Maltophilia. Nama bakteria jangkitan kuman aku sebelum ni. Selama ni aku tak tahu nama kumannya. Kelmarin sambil HD aku belek discharge note aku dari USM haritu. Laporan lengkap ye, semua butiran ada. Doktor HTAA pun puji bagus sebab semua laporan dilampirkam sekali. Mungkin sebab aku masuk Wad Unisains, wad berbayar kan, jadi memang patutlah semua lengkap. Sumber : www.uptodate.com   Dari apa yang aku baca, bakteria ni boleh jadi ada di sumber air yang tercemar jugak. Dari awal kena jangkitan kuman lagi aku perah otak fikir dan ingat balik apa yang aku buat sampai kena jangkitan kuman berulang kali ni. Tak puas hati weh bila semua kau dah buat betul, tapi masih juga terkena kuman durjana ni 😂. Ni lah ujian namanya dak? Allah nak uji aku. Aku orang yang Allah pilih untuk ujian ni. Aku kena terima lah. Sumber : Google Sambil baca, aku refresh balik mana aku pergi sebelum aku kena jangkitan kuman. Susah wei nak ingat semua butiran. Tapi, nasib baik aku memang jenis suka

Post Dialysis : Session 2

Image
Alhamdulillah. Harini lepas dialisis pening dan penat tu tak sepening dan sepenat hari pertama. Tapi, waktu sejam terakhir tadi aku rasa pening dan penat sangat, bila sister setting mesin dialisis balik, pening dan penat tu kurang. Debor jugak kang tak boleh nak jalan dan drive balik sebab baki masa ada sejam lagi waktu tu.    Harini aku beli nasi bungkus sebungkus, walaupun hospital ada bagi bihun goreng pagi tadi. Aku makan bihun dulu dengan segelas teh o, nasi tu aku simpan untuk kemudian, kot aku rasa letih, aku makan. Bagi tambah tenaga. Mungkin sebab ni juga kot, penat dan pening aku lepas dialisis harini kurang dari sebelumnya. Aku makan nasi bila dah dua jam aku dialisis. Tak habis pun sebungkus, aku makan sekadar nak bagi ada tenaga. Nasi kan tinggi karbo. Aku nk beli energy bar pun, biasa makanan macam tu manis. Tak elok untuk kencing manis aku. Udah ler manis, kenyang nya tak. Baik aku makan nasi.  Tadi ada jugak rasa nak suruh misi berhentikan mesin bila aku rasa pening dan

Post Dialysis : Session 1

Image
Letih. Letih do'oh. Masa tengah HD pagi tadi aku tak rasa apa apa. Tapi, bila dah siap, bangun dari kerusi tu terus mai berpinar mata. Sakit kepala. Rasa macam nak terkeluar biji mata. Tak tahu kenapa. Dah la aku drive sendiri pergi hospital. Aku jalan cepat cepat ke kereta, buka aircond full blast aku tenangkan diri dulu. Inhale, exhale. Dah rasa okay, aku drive balik rumah. Bila duduk, pening tu tak rasa, tapi bila bangun, terhuyung hayang jadinya.  Nasib baik lakiku cuti lagi harini. Dia ambil anak aku di sekolah dan belikan makanan untuk makan tengahari. Sampai je rumah aku makan, dah makan aku salin baju terduduk atas katil. Letih yang aku rasa harini memang letih yang aku tak pernah rasa. Rasa macam baru habis marathon 40km, tapi sebelum marathon tu aku tak makan. Haaa gitu lah lebih kurang letih dia.  Baru nak lelap, aku rasa period aku luar biasa banyaknya. Padahal harini dah hari ke lima. Patutnya dah nak kering. Tapi harini tak. Dalam masa sejam aku dah tukar dua kali pad

Hemodialisis HTAA : Day One

Image
" Bismillahilladzi la ya dhurru ma'asmihi syai un fil ardi wala fissama' wahuwassami ul alim"  Assalamualaikum ! Harini first day hemodialisis di HTAA, baru habis sejam cycle. Aku start jam 7:30 pagi tadi. Aku bangun pukul 6 pagi, siapkan diri dan drive sendiri ke hospital. Malas nak suruh lakiku hantarkan, sebab awal sangat, nanti kesian anak aku pulak kena hantar pergi sekolah awal sangat. Dari rumah ke hospital tak jauh sangat pun bagi aku, tapi kalau lambat keluar rumah merasa jammed jugak la. Jadi, aku kena keluar rumah awal. 6:35 dah atas jalan. Pukul 7 aku dah sampai hospital. Datang hospital awal pun untuk dapatkan parking dekat jugak sebenarnya. Alhamdulillah dapat parking dekat. Kalau tak, kena parking luar hospital, boleh berkicap jugak la kalau jalan 😂 Sampai unit hemodialisis tadi, aku timbang berat dan periksa tekanan darah. Catit berat dan BP sebelum dialisis dan habis dialisis nanti aku akan timbang dan check balik berat dan BP aku lepas dialisis. Jam

HTAA Kuantan : Day One

Image
Semalam, Maghrib aku selamat sampai Kuantan selepas dua minggu berkampung di USM. Balik untuk mengundi sehari dua bertukar menjadi tragedi. Haha. Tragedi betul la bila warded 12 hari, siap dengan masuk OT lagi. Dua kali pulak tu. Kenangan sungguh. Aku berkobar kobar balik nak mengundi, malam sebelum tu sampai termimpi mimpi aku beratur nak mengundi. Udahhh lerrr first time mengundi sepanjang hidup. Baru berangan nak jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Tapi apakan daya, perancangan Allah itu yang terbaik.  Bangun pagi tadi teruja campur takut bila bangun dari tidur. Teruja sebab ini pengalaman baru bagi aku, tapi takut kalau ada masalah dengan dialisis aku. Haritu pertama kali dialisis darah, alhamdulillah tak ada masalah, tapi haritu 2 jam saja aku dengan mesin sebab pertama kali kan. Test dulu katanya.  Tepat jam 8:15 pagi, aku dah sampai bilik CAPD HTAA. Harini kebetulan lakiku cuti kerja untuk tiga hari, jadi aku minta dia hantarkan ke hospital. Bila sampai je, misi cakap se

Driver

Image
Harini ummi ada prosedur dengan doktor. Prosedur injection untuk mengurangkan sakit keloid yang ada di belakang badan dia. Keloid hanya boleh dirawat dengan suntikan mahu pun pembedahan buang keloid. Dua dua prosedur sangat menyakitkan dan memerlukan general anesthesia, makna kata ummi tak sedar bila prosedur dijalankan. Tak macam aku, doktor guna local anesthesia sahaja, aku sedar dari A to Z.  Sumber : mayoclinic Keloid ummi aku ni dah lama. Makin lama makin sakit katanya. Jadi ummi decide untuk memilih cara suntikan berbanding pembedahan sebab risiko untuk keloid baru muncul tinggi bila kulit ada luka baru. Walaupun hanya suntikan, ummi kata sangat sakit. Aku tak tahu macam mana rasanya sebab setakat ni, kulit aku masih okay walaupun ada luka luka.  Jadi, pukul 8:30 pagi tadi aku bawa ummi ke klinik Unisains untuk bersiap bagi prosedur tersebut. Harini jadi driver dan pembantu peribadi ummi. Hanya ini je yang aku mampu  buat. Ada anak pun, sakit, tak boleh nak tolong banyak, sekadar

Hemodialysis atau Peritoneal Dialysis

Aku sebenarnya dalam dilemma. Nak continue PD atau pun HD. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Aku dah buat PD hampir 10 bulan, dalam masa 10 bulan ni dah tiga kali aku kena jangkitan kuman. PD atau cuci air ni memang sensitif sungguh. Sebelum aku buat keputusan untuk buat dialisis dulu, ramai orang yang suruh aku pilih HD/cuci darah disebabkan jangkitan kuman ini lah. Tapi aku tanya doktor, doktor cakap jangkitan kuman mana mana dialisis pun ada risikonya. Jadi aku pilih cuci air.  Masalah utama ialah kos. Kos bagi cuci darah adalah antara RM200 - RM300 setiap sesi. Seminggu biasanya ada 2-3 sesi. Kalau seminggu purata yang perlu di bayar RM650, kalau sebulan dah beribu mahalnya. Kalau aku dapat peruntukan dari KKM, bayaran setiap sesi tak mahal, RM35 satu sesi kalau tak silap. Tapi nak dapat peruntukan tu susah juga. Sebab biasanya, slot di hospital cepat penuh.  Insurans yang aku ada ni pun aku rasa cukup cukup untuk tampung perbelanjaan dialisis untuk setahun. Jadi, kalau aku kena k

Discaj

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, kelmarin 1 Disember aku akhirnya dibebaskan. Hahaha. Aku warded bermula dari hari kita semua mengundi, 19 November haritu. Punya lama kena peram dalam hospital. Patutnya tak perlu warded lama pun, tapi sebab aku berak muntah tak berhenti sampai makan pun taknak, doktor peram je aku dalam wad tu. Hari pertama aku kena peritonitis atau jangkitan kuman dalam perut ni, aku tak rasa sakit langsung. Tak muntah, tapi ada sedikit cirit birit. Tapi aku diamkan saja sebab aku ingatkan kesan dari pengambilan ubat bisacodyl, ubat berak aku tu je. Sebagai pesakit dialisis air, kami memang dipaksa buang air besar sekerap mungkin setiap hari, agar catheter tenckhoff tu dapat berfungsi sepenuhnya. Kalau banyak najis dalam perut, keberkesanan catheter tu akan terjejas dan pengeluaran air akan berkurangan.  Sampailah hari yang keseterusnya, doktor dah tulis pun surat discaj, misi dah bagi slip ubat utk diambil di farmasi, tiba tiba aku muntah. Banyak sangat, semua yang ak