Posts

Showing posts from November, 2022

Peritoneal Dialysis

Image
3 Januari 2022 adalah tarikh aku pasang catheter tenckhoff di bahagian abdomen aku. Proses masukkan tenckhoff ni tak ada lah lama sangat, tapi bila kita kat dalam OT dia rasa lama lah. Dengan sejuknya lagi, debor nya lagi. Seminit rasa macam sepuluh minit. Aku tak pasti nak cakap sakit ke macam mana, tapi lepas pasang tenckhoff dia ada satu rasa yang tak selesa, nak kata sakit tak, nak kata tak sakit pun tak.  Aku warded di HTAA 31 Disember 2021, tiga hari lepas tu baru masuk OT. Dalam masa menunggu hari tu, doktor tak buat apa apa prosedur pun, doktor hanya memantau. Stress jugak aku haritu, kena terperap dalam wad tanpa buat apa apa. Hari prosedur nya tiga hari lagi. Sampai harinya, aku dapat giliran ketiga untuk masuk OT, dalam tengahari macam tu baru la aku masuk OT.  Tak tahu macam mana prosedurnya, sakit ke, tak ke aku tawakkal je masuk OT haritu. Haha. Macam ready tak ready je kekdahnya. Tapi, bila dah masuk OT tu, debor dia datang lah. Macam biasa, aku gigil tahap orang boleh n

Removal of Tenckhoff

Image
Cehh, tajuk matsaleh habis. Isinya dalam bahasa melayu Haha. Petang kelmarin aku dah selamat mengharungi prosedur yang terakhir, prosedur membuang catheter tenckhoff dari abdomen aku. Aku kena buang benda tu sebab aku dah kena jangkitan kuman tiga kali. Doktor sarankan untuk buang tenckhoff supaya lapisan peritoneum aku dapat pulih sepenuhnya dan tidak memudaratkan aku. Inilah bendanya yang doktor buang. Saki baki daging aku pun masih melekat dekat situ haa. Benda ni aku kena bawak balik ke hospital di Kuantan. Aku pun tak tahu kenapa kena pulangkan balik tenckhoff ni ke hospital. Aku hanya menurut perintah.  Aku jangkakan proses buang tenckhoff ni akan sakit, tapi alhamdulillah tak sesakit yang aku bayangkan. Sakitnya bila doktor cucuk ubat bius banyak tempat. Sakit yang semacam kena torehan pisau je, lepas tu dah tak rasa apa. Aku bayangkan dia akan tarik benda tu keluar. Rupanya dia macam bakar daging bagi benda tu terlepas dan baru lah dia tarik. Tiap kali doktor potong daging aku

Selamat Ulangtahun Hari Lahir Inara

Image
  " Ibu, jum gambar, saya nak pakai topi ni" Selamat Ulangtahun Hari Lahir ke lima  Inara sayang ibu. Ibu sentiasa doa perjalanan hidup Inara sentiasa diredhai dan diberkati Allah SWT. Ibu juga doa, agar Inara tak akan merasa jatuh sakit macam Ibu dan sihat sentiasa. Inara kan nak jaga Ibu. Inara nak jadi doktor nak jaga Ibu. Inara nak jadi dentist pun sebab nk jaga Ibu 😂. Semoga Inara sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa. Aamin aamin ya rabbalalamin.  

End Stage Renal Failure (ESRF)

Image
Sakit buah pinggang ni bukan mai macam tu jaa ceq. Sakit buah pinggang ni dia mai selow selow. Bukan harini kena, terus kena dialisis. Kalau tak silap aku, sebelum masuk end stage ni, pesakit di kategorikan sebagai pesakit CKD (Chronic Kidney Disease) mengikut tahap. CKD ni ada 5 tahap. Itu yang aku cakap sakit buah pinggang ni memang dia ambil masa untuk rosak. Bukan on the spot.                               Sumber : Davita.com Buah pinggang aku ni dah menunjukkan masalah bila aku mengandung dulu. Setiap kali check up kan ibu mengandung kena bagi air kencing untuk check protin. Aku selalu je sangkut, tapi sebab benda ni kebiasaan bagi ibu mengandung, jadi aku buat tak tahu jela. Setiap kali check kehadiran protin dalam urin mesti lekat dalam bacaan 2-3. Bila adanya protin dalam urin, itu menandakan buah pinggang kita dah bocor.  Jadi, sepanjang mengandung tu tak ada rawatan spesifik pun untuk masalah tu. Jadi aku teruskan hidup seperti biasa. Sampai lah aku beranakkan Inara. Btw, har

Internal Jugular Catheter ( IJC )

Image
Sumber : Google Selingan untuk harini lagi. Alhamdulillah selamat pasang IJC dekat leher pukul 3:00 petang tadi. IJC sementara ni dipasang sebagai tapak untuk aku mulakan hemodialisis nanti. Memandangkan tenckhoff catheter aku dah tak boleh guna disebabkan jangkitan kuman peritonitis.  Dari malam tadi aku puasa, pukul 12 baru dapat giliran untuk masuk bilik prosedur bertempat di bilik angiogram. Masuk je kawasan bilik tu aku dah boleh rasa aku mengigil. Macam bilik OT juga, bilik prosedur ni sejuk gila. Scrub nurse nampak aku gigil, terus dia pasang heater kat kaki. Prosedur sama je dengan prosedur angioplasty yang aku buat untuk jantung sebelum ni.  Dah sedia semua, scrub nurse tolong aku londehkan baju paras bahu. Bila aku baring, doktor suruh toleh ke kiri dan jangan bergerak. Berlapis lapis kain diletakkan di atas dada dan kepala aku, sampai aku rasa macam tak boleh nak bernafas. Aku boleh rasa jantung aku laju gila. Aku ni claustrophobic kalau korang nak tahu.  Berdebar sampai gig

Jantung

Hampir 5 tahun jadi pesakit Hospital Sultanah Maliha di Langkawi. Aku suka hospital Langkawi ni sebab tak ramai orang. Pesakit tak seramai pesakit di tanah besar. Waktu menunggu masih lama, tapi aku rasa tak se lama hospital besar kerajaan lah kan. Jadi, rutin jumpa doktor setiap bulan tu aku tak rasa membebankan. Lagipun, anak aku, aku boleh tinggalkan dekat suami, sebab kerja suami waktu tu fleksibel. Senang.  Aku dah lupa berapa lama aku kena tunggu giliran untuk jumpa Pakar Jantung dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dulu. Bila kita dapatkan rawatan di hospital di satu daerah, setiap bulan akan ada Doktor Pakar dari hospital besar negeri itu akan turun dan buka klinik pakar untuk pesakit pesakit dekat situ yang perlu rujukan pakar. Jadi, bila ada slot temujanji, baru lah boleh jumpa pakar.  Kes aku memang pakar yang kena tengok. Iyelah, tiga tiga saluran utama dah sumbat, Bypass nya taknak. Haha. Jadi sampai harinya, aku dapat jumpa dengan doktor tu. Aku cerita yang aku refus

Peritonitis

Image
Sedikit selingan untuk harini. Aku nak cerita sikit yang aku ni dah 10 hari warded di USM disebabkan jangkitan kuman yang berulang. Nama je jangkitan kuman, tapi sakit wei. Paling sakit aku pernah rasa selepas beranak! Sumber : mayoclinic.org Selepas 10 hari warded, doktor membuat keputusan untuk membuang catheter tenckhoff di perut aku ni memandangkan jangkitan kuman aku masih tinggi walaupun dah tukar antibiotik. Catheter tenckhoff ni akan dibuang dari perut aku selama lebih kurang enam minggu lamanya untuk memberi ruang kepada lapisan peritoneum aku sembuh sepenuhnya. Bahasa mudahnya, nak bagi perut rehat.   Aku kena jangkitan ni dah masuk kali ketiga dalam masa empat bulan. Agak berisiko kerana jangkamasa antara satu jangkitan ke jangkitan yang lain itu terlalu rapat. Doktor  cuba tukar ubat antibiotik lain tapi kuman masih lagi tinggi. Jadi, pilihan terakhir adalah removal of tenckhoff dan pasang IJC sebagai back up plan untuk dialisis darah nanti sementara tunggu perut aku pulih

Sakit Dada

Image
Maghrib 30hb November 2017 lahirlah zuriat pertama aku yang di beri nama Inara.  Dalam kandungan doktor scan, mesin bagi anggaran berat 2.5 kg sekali keluar 2.08 kg je. Betullah doktor cakap, anak aku tak membesar dalam rahim. Pilihan untuk induce beranak tu sangatlah tepat. Kalau tak induce, aku tak tahu macam mana perkembangan tumbesaran anak aku nanti. Bila dah ada masalah macam tu, baby akan dipantau di Wad SCN untuk beberapa hari. Tiga hari jugak Inara dalam wad tu.  Bukan Inara je tak boleh discaj. Dengan ibu sekali tak boleh discaj. Ibu yang tak berisiko kalau beranak biasanya bila anak dah kencing berak dah boleh discaj, tapi aku tak. Doktor monitor lagi tiga hari. Dah macam ibu beranak czer pulak kena tahan wad lama lama. Tapi tak apalah, semuanya dah selamat. Hari last Inara di wad sama dengan hari last aku di wad. Alhamdulillah Inara normal dan aku pun okay. Maka, baliklah aku ke rumah untuk berpantang berbekalkan ubat yang diberi hospital walaupun pada dasarnya aku tak berp

Beranak

Tempoh 37 minggu kehamilan aku tahun 2017 dulu memang banyak aku habiskan dengan jumpa doktor dan masuk wad. Biasalah, ibu berisiko macam aku memang doktor dan misi jaga lebih sikit. Lebih sikit tu dari segi kena jumpa pakar setiap bulan, jumpa staffnurse setiap dua minggu atau tiga minggu, detail scan dan macam macam prosedur yang rasa diperlukan waktu tu.  Bermula dengan mengandung lah aku belajar untuk bersabar menunggu. Kena belajar, sebab tiap minggu memang kerja aku banyak menunggu haha. Tunggu jumpa misi, tunggu jumpa doktor, jadi aku dah lali menunggu. Aku  rasa aku dah boleh menunggu tanpa rasa nak cepat ke, rasa nak marah ke, mahu pun rasa bosan. Demi satu nyawa. Ku akur saja.  Episod awal kehamilan sama sahaja dengan episod kehamilan orang normal. Tekanan darah tinggi, bacaan gula semua okay sebab aku dah on ubat balik kan. Doktor nasihatkan aku untuk cucuk insulin empat kali sehari untuk kawal gula dalam darah. 12 unit pagi 16 unit malam. Alhamdulillah okay.  Aku dah boleh

Mengandung

Image
Previous entry aku cerita yang aku rasa aku mengandung sebelum pindah Langkawi kan? Jadi, entry kali ni aku fokus apa yang aku rasa dan apa yang jadi sepanjang 37 minggu aku mengandung.  Sama macam apa yang aku bagitahu entri lepas, aku tak letak mengandung sebagai keutamaan aku. Jadi, aku tak mempersiapkan diri untuk semua ini. Kitaran haid aku pun takdelah betul sangat, jadi bila aku missed period aku buat tak tahu je. Anggapan aku mungkin perubahan hormon sebab baru kahwin. Aku teruskan kehidupan macam biasa.  Hari yang ditunggu pun tiba dimana aku ikut pindah ke Langkawi bersama dengan suami aku. Masih tak cek samada mengandung atau pun tak, we carry on with our life. Macam mana kami tahu aku mengandung? Satu hari tu aku saja beli UPT test kit dan bangun pagi satu pagi tu aku test. DOUBLE LINE! ALHAMDULILLAH. Tak tahu nak rasa apa, Happy Ya, takut pun Ya.  Happy sebab dah dapat rezeki secepat ni, takut, sebab tak ready, bukan sebab aku tak sihat. Haha. Masih tak sedar diri ye. Perl

Kahwin

Image
  Sumber : 1001Ucapan.com B ismillahirrahmanirahim. Ya Allah, jadikan hari ini sebagai pembuka rezeki dan keberkatan pintu kebaikan, kesihatan, keselamatan dan pintu syurga bagi kita semua.                 Aamiin ya rabbal alamin ♥️ Sedar diri sangat yang kita ni ada masalah kesihatan jadi bila fikir hal nikah macam macam aku fikir. Fikir boleh ke bakal laki terima, boleh ke bakal mertua terima, boleh ke bakal keluarga mertua terima. Banyak masa terluang dulu aku fikir perihal penerimaan orang tentang masalah kesihatan aku ni je sebenarnya. Tapi, waktu tu masalah kesihatan aku, aku rasa tak lah teruk mana. Jadi aku kept on telling myself "alahhh mu ada kencing manis dgn kolesterol je jamilla, bukan masalah besar sangat pun". Jadi, aku pun kahwin kah kah kah.  Alhamdulillah, bulan Mac 2017 aku selamat diijabkabul dengan suami. Semuanya dipermudah dari awal hingga akhir. Sepatutnya kita kahwin tengah tahun, tapi sebab suami kena transfer kerja ke Langkawi, semua dipercepatkan.

Diabetes : Part Three

Betul kan bila orang cakap penyakit kencing manis ni Ibu kepada segala penyakit. Bila dapat je penyakit ni, 'anak' penyakit lain pun nak memunculkan diri. Macam ibu ayam. Kalau ada ibu nya mesti ada anaknya di belakang. Analogi senang nak pakai. Haha.  Lepas habis degree aku dapat kerja. Kerja biasa je, tapi dah namanya kerja mestilah company sediakan apa yang patut untuk jaga kebajikan pekerja kan? Jadi kat situ aku nampak peluang untuk dapat free medical coverage.  Keinginan untuk jumpa doktor pasal kencing manis aku ni datang macam tu sebab aku rasa aku boleh jimat masa dan duit dengan guna insurans company utk cek keadaan aku waktu tu. Aku malas nak follow up di hospital bukan sebab apa pun. Darah muda, jenis tak penyabar orangnya haha. Aku guna sebaiknya ye insurans yang company bagi tu. Aku pergi Klinik Premier di Wakaf Bharu waktu tu, jumpa Dr Hafiz dan cerita semua history aku dengan penyakit ni. Kita tak tipu doktor wakkkk kalau bab kesihatan ni, kita all out yang kita

Diabetes : Part Two

Image
 ASSALAMUALAIKUM and Good Morning ! Sumber : chentaqaseh.com Bismillah. Baca doa dulu pagi pagi ni semoga semua pembaca blog ni dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dari segenap sudut. InsyaAllah. AllahuAamiin!  Rezeki ni tak semestinya duit semata mata ye dakk? Rezeki ni luas sgt konteksnya bagi aku. Badan selalu sihat, selalu dipermudah segala urusan, jumpa orang sekeliling yang baik baik pun rezeki juga.  Sebelum ni, time jiwa remaja masih hangat bergelora, mindset aku bila orang bercakap mengenai rezeki aku duk bayang rezeki jadi kaya, rezeki ada duit banyak, rezeki nak apa apa boleh beli macam tu je. Materialistik sangat! 😂 Budak hingusan lah katakan. Tiap kali solat, apa yang diminta hanyalah DUIT sahaja.  Tahun berganti tahun. Alhamdulillah, aku dah tak pernah warded lagi dah. Masa tu rasa "Okayy,aku ada kencing manis niiii, tapi aku okay je pun". Nothing serious pun. Sakit tak, makan pun berselera yang penting tak pernah masuk wad dah lepas kena jangkitan kuman dulu

Diabetis : Part One

Image
  Apa itu Diabetes / Kencing Manis ? Source from : Google Maaf geng. Sedikit ralat dalam bercerita perihal pertama kali dapat tahu ada kencing manis. Terlalu banyak episod masuk keluar hospital sampai kan tertukar yang mana yang mana, yang mana yang mana. Aduh! Paham ke tak ni? Haha.  Apa apa pun, tak salah menulis sekali lagi kan? Sudi lah kiranya geng sekalian baca sekali lagi 😁 Diabetes ni ada dua jenis. 1) type One 2) type Two.  Type One ni biasanya untuk pesakit yang memang dah dikesan diabetesnya ketika awal usia lagi. Macam contoh, detect masalah kencing manis ni ketika masih budak lagi. Seawal usia bayi pun boleh terkena penyakit ni. Masalah ni jadi sebab memang pankreas dalam tubuh pesakit tu sendiri tak berfungsi dengan elok. Type Two pulak sejenis " memey cari nyakit" orang Kelate kato. Memang cari penyakit tu disebabkan gaya hidup pesakit tu sendiri. Contoh senang aku bagi. Dia tengok cara pemakanan dan diet pemakanan seseorang pesakit tu. Kalau dah memang jenis

Doa

Image
  Doa syifa' Mudah touching sejak dah jadi mak2 ni. Dulu kalau ada orang doakan apa-apa memang tak rasa apa. Sekarang, bila orang tak rapat doakan aku, nak meleleh airmata macam apa dah. Faktor umur barangkali. Alhamdulillah masih dikelilingi keluarga yang supportive, sahabat yang sentiasa mendoakan dan kawan yang prihatin terhadap diri ni 😭😭😭 Aku tak tahu doa siapa yang Allah akan makbulkan. Jadi aku betul betul berterima kasih untuk segala doa yang diberikan untuk aku. Terima kasih dan semoga yang baik baik saja berbalik kepada yang memberi doa. InsyaAllah. Aamiin. 

No. 1

Assalamualaikum pembuka bicara. Nama diberi Jamilla Qhaireen Binti Adling. Alhamdulillah masih diberi pinjam nyawa oleh Yang Maha Esa untuk hidup di bumi ini selama 31 tahun 1 bulan 22 hari. Telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak 🤗 Disahkan menghidap Penyakit Kronik semenjak berumur 20 tahun lagi.  Cuba buat blog sebab didorong sang Ibu untuk menulis bagi mengisi masa lapang. Menulis ni memang best kalau ada yang membaca 😁 First entry didekasikan untuk Bonda yg satu, YM Raja Rusmin. Okay ummi, this is for you! 🥰